KUALA LUMPUR 3 April - Susu Goodday telah berkolaborasi dengan Siti Khadijah, jenama busana Muslim terkemuka tempatan, dengan memperkenalkan susu berperisa kurma terbaru sebagai pilihan berbuka puasa Ramadan ini serta melambangkan kesucian bulan yang mulia.
Dikeluarkan sempena bulan puasa dan Hari Raya, kotak pembungkusannya juga direka dengan wajah yang premium dan minimalis selari dengan gaya Siti Khadijah.
Dihasilkan dengan ekstrak sebenar buah kurma berkualiti tinggi yang dicampur dengan susu enak berkrim, minuman tersebut memberikan manfaat nutrisi yang tinggi untuk berbuka puasa pastinya akan melegakan dahaga dan mengenyangkan perut anda setelah berbuka.
Sebagai rakan kedai serbaneka eksklusif, Susu Kurma Goodday x Siti Khadijah kini boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia sahaja (kecuali Langkawi) untuk waktu yang terhad.
Minuman tersebut tersedia dalam paket 250ml, mudah dibawa ke mana-mana di samping menghindari ketinggalan waktu berbuka puasa akibat kesesakan jalan raya.
Susu kurma ini juga boleh didapati di platform e-dagang seperti Shopee Supermarket dan Foodpanda.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata syarikatnya percaya kerjasama dengan Siti Khadijah sebagai jenama busana Muslim terkenal yang menggabungkan reka bentuk Islamik dengan warisan budaya Melayu memberikan lebih kepentingan dan hubung kait syarikat sebagai rakan kongsi.
“Setiap musim perayaan, kami berusaha untuk memberikan terbaik mengikut kemahuan para pelanggan dengan mendagangkan barangan eksklusif yang menerapkan aspek kebudayaan berbeza samada dari segi reka bentuk atau perisa untuk mencerminkan perayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan bersama.
Amy berkata buah kurma selalunya dikaitkan dengan bulan Ramadan dan juga kaya vitamin mendorong sasaran syarikat untuk berkolaborasi dengan Siti Khadijah yang terkenal sebagai jenama ibadah oleh komuniti umat Islam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin menzahirkan keterujaan syarikat dapat bekerjasama dengan Susu Goodday kerana jenama mereka kini terpapar buat julung kalinya di 7-Eleven.
“Siti Khadijah berbangga dengan reka bentuk produknya yang lain daripada yang lain dan melihat nama jenama tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia dalam kedai serbaneka yang disinggah ramai merupakan satu detik penting mengikut misi kami untuk berkembang dan mencapai pasaran lebih besar,” ulas beliau.
Susu Goodday juga akan menganjurkan pertandingan yang menarik hasil kerjasama dengan 7-Eleven, Shopee Supermarket dan Foodpanda, di mana pembeli berpeluang memenangi hadiah eksklusif dari Siti Khadijah dan baucar tunai. -DagangNews.com









