Starbucks, Fazley perkenal menu baharu gabung elemen tempatan dan barat | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Starbucks, Fazley perkenal menu baharu gabung elemen tempatan dan barat

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Sept - Starbucks Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan cef selebriti terkenal tempatan, Datuk Fazley Yaakob untuk memperkenalkan menu baharu yang dipilih merangkumi elemen klasik digemari ramai dan 'street food' kegemaran terkenal. 

 

Menu baharu itu telah dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos 2022 dan bakal dilancarkan di negeri-negeri timur pada akhir tahun ini. 

 

Menu edisi terhad menawarkan pelbagai ciptaan inovatif diilhamkan daripada tradisi makanan yang sentiasa dekat di hati Fazley, menggabungkan bahan-bahan berkualiti tinggi dan sentuhan elemen barat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia & Brunei, Datuk Sydney Quays berkata, mereka teruja untuk bekerjasama dengan Cef Fazley sekali lagi bagi membawa menu yang benar-benar unik ke jenama mereka. 

 

"Menu baharu yang mencerminkan keselesaan dan khasiat makanan tradisi yang kita membesar bersama. 

 

“Hidangan dalam menu baharu ini benar-benar menggambarkan suasana tempat kami di sini, sebagai jenama yang sangat digemari rakyat Malaysia, terutamanya menjelang Hari Malaysia akan datang. Ia bukan sahaja meraikan perpaduan, tetapi juga meraikan pelbagai budaya dan tradisi negara kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Antara menu baharu edisi terhad itu, termasuk Pau Sambal Malaysia, Croissant Roti John, Brioche Murtabak Ayam, Ayam Percik Linguine dan Kuih Bakar Cheesecake.

 

 

starbucks
(Dari kiri) Pengarah Pemasaran dan Kategori Berjaya Starbucks Coffee Company, Zakiah Hanim, Datuk Fazley Yaakob dan Pengurus Kanan Pembangunan Makanan Berjaya Starbucks Coffee Company, Alexis Ong.

 

 

starbucks

 

 

Selain daripada memberi pengalaman kopi luar biasa, Starbucks sentiasa menghubungkan manusia dan penjenamaan, penglibatan komuniti dan meraikan budaya. 

 

Di mana sahaja Starbucks berada di dunia, mereka sentiasa komited untuk menghormati warna-warni budaya yang diraikan di sesebuah negara.

 

 

starbucks

 

 

starbucks

 

 

starbucks

 

 

Mencipta menu pilihan istimewa dengan bakat tempatan seperti Fazley, menyerlahkan lagi sokongan berterusan Starbucks Malaysia untuk meningkatkan perniagaan dan jenama tempatan serta berkongsi dengan komuniti di setiap outlet.

 

 

starbucks

 

 

Hidangan lazat daripada Starbucks dan Fazley berharga bermula RM11.90 dan kini boleh didapati di semua kedai Starbucks di Semenanjung Malaysia dengan pelancaran ke Malaysia Timur akhir tahun ini. - DagangNews.com