KUALA LUMPUR 18 Jan - SPOTV memulakan tahun baru dengan membawakan yang terbaik dari sukan dan hiburan dengan menawarkan peminat sukan selama dua minggu konten premium secara percuma di aplikasi strimingnya, SPOTV NOW apabila mereka mendaftar dari 16 hingga 29 Januari 2023.
SPOTV dalam satu kenyataan berkata, percubaan percuma akan membenarkan pelanggan biasa untuk menikmati konten premium seperti konten secara langsung on demand dan strim secara langsung Formula E, termasuk menonton konten on-demand di mana-mana pada bila-bila masa.
"Antara acara sukan yang akan berlangsung pada Januari yang boleh disaksikan secara percuma dengan percubaan percuma adalah perlumbaan Formula E World Championshops di Diriyah, Arab Saudi dan Hyderabad, India dan All Elite Wrestling (AEW)," katanya.
Menurut kenyataan itu, siaran AEW dapat ditonton setiap Khamis, pukul 6 petang (Dynamite) dan setiap Sabtu pukul 6 petang (Rampage).
Katanya, para pelanggan kemudian boleh memilih untuk melanggan akaun premium selepas tapat percubaan percuma pada harga hanya RM8.90 sebulan.
"SPOTV komited memperkenalkan era baharu hiburan sukan dengan membawa penonton lebih dekat kepada acara sukan terhebat dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga kandungan belakang tabir serta liputan di laman media sosial @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok and Twitter," katanya.
SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di Google Play Store dan App Store.
Saluran SPOTV boleh ditonton di 8 negara, antaranya Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan kawasan Asia Timur terpilih seperti Macau dan Mongolia. - DagangNews.com








