Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi tawar hadiah, ganjaran eksklusif sehingga 15 Disember | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi tawar hadiah, ganjaran eksklusif sehingga 15 Disember

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 8 Dis - Platform membeli-belah dalam talian, Shopee mengadakan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi yang menjanjikan promo terhangat, permainan menarik dan hadiah hebat mulai 1 hingga 15 Disember.

 

Shopee turut dilancarkan adalah Shopee Birthday Quest, di mana pelanggan berpeluang memburu berlian yang boleh ditukar kepada baucar eksklusif sehingga RM100.

 

“Untuk pembeli yang mahir, jangan ketinggalan bermain Voucher Scrabble semasa rancangan permainan Roda Shopee pada 8 malam di Shopee Live.

 

"Kumpulkan kod baucar eksklusif untuk dua rebat dan sertai 12.12 Birthday Voucher Hunt untuk memaparkan kata kunci tersorok bagi empat baucar waktu terhad.

 

“Memandangkan kedua-dua promosi ini menawarkan pelbagai baucar, anda boleh memaksimumkan penjimatan dan nikmati perbelanjaan hebat pada 12 Disember  ini,”  dalam kenyataan media hari ini.

 

Shopee berkata ketika kemuncak festival pada 12 Disember, pelanggan yang berbelanja minimum RM250 berpeluang mendapat baucar tambahan RM50, yang boleh digunakan semasa jualan lanjutan istimewa tiga hari dari 13 hingga 15 Disember 2023.

 

 

shopee

 

 

Ia turut menganjurkan rancangan permainan Roda Shopee di Shopee Live dan pengguna berpeluang memenangi tol percuma.

 

“Shopee telah bekerjasama dengan Touch 'n Go, dan untuk menyertai Roda Shopee, pengguna perlu menebus kod unik daripada laman utama peraduan dan melengkapkan satu ‘check-out’ strim langsung untuk layak disenaraikan sebagai pengguna bertuah terpilih bagi memutar roda dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk hadiah utama setahun tol percuma,” katanya.

 

Kempen 12.12 Jualan Hari Jadi disokong oleh jenama terunggul termasuk 70mai, Abbott, Baseus, DESSINI, Kamatto, POLO HILL, Reckitt, Skechers, SKINTIFIC, SOME BY MI, TTRacing, XES Shoes dan banyak lagi.  - DagangNews.com