Sentimen pemulihan global dorong prestasi pasaran ekuiti minggu lalu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sentimen pemulihan global dorong prestasi pasaran ekuiti minggu lalu

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 18 Okt. -  Pasaran ekuiti di seluruh dunia terus meningkat minggu lalu di sokong sentimen yang semakin meningkat dalam pemulihan global.

 

Menurut Laporan Aliran Dana Mingguan MIDF Research, FBM KLCI meningkat 2.20% pada minggu lalu dan ditutup pada 1,598.28 mata. 

 

Bagaimanapun menurut MIDF Research, ringgit susut sekitar 0.48% berbanding AS$ untuk ditutup pada RM4.1575/AS$ pada Jumaat lalu.

 

"Dalam kalangan pasaran ekuiti Asia Tenggara, Malaysia, Thailand dan Indonesia mencatat aliran masuk pelabur asing minggu lalu masing-masing pada AS$222.23 juta, AS$283.47 juta dan AS$337.37 juta . Sementara itu, Filipina mencatat aliran keluar pelabur asing berjumlah AS$11.30 juta minggu lalu.

 

"Bagi pasaran Malaysia, pelabur asing bertukar menjadi pembeli bersih untuk minggu yang berakhir pada 15 Oktober, yang menyaksikan aliran masuk bersih berjumlah RM924.77 juta.


"Ini adalah minggu kedua pembelian bersih oleh pelabur asing, selepas satu minggu aliran masuk sebelumnya," katanya dalam laporannya di sini hari ini.  

 

Tambahnya, ketika pasaran dibuka semula pada hari Isnin lalu, institusi tempatan adalah penjual bersih berjumlah RM154.74 juta.


Sementara itu, peruncit dan pelabur asing adalah pembeli bersih masing-masing berjumlah RM23.30 juta dan RM131.43.



"Pelabur asing adalah pembeli bersih untuk setiap hari dalam seminggu. Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada hari Jumaat manakala aliran masuk terkecil
pada hari Khamis dengan masing-masing berjumlah RM303.22 juta dan RM79.99 juta.

 

"Sejak awal 2021, secara kumulatif, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti Malaysia dengan harga RM10.32 bilion," katanya. -DagangNews.com