Scania serah 16 trak baharu kepada Kontena Nasional | DagangNews Skip to main content

Scania serah 16 trak baharu kepada Kontena Nasional

Heba El Tarifi (kiri) menyerahkan replika kunci trak Scania kepada Nik Muzani Nik Abdul Aziz di ibu pejabat Kontena Nasional di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Mac - Scania menyerahkan sebanyak 16 buah trak model G410A6x2NZ baharu kepada Kontena Nasional (KN) bagi meningkatkan kebolehpercayaan, kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) dan meningkatkan kekerapan muatan.

 

Penyerahan itu juga sebagai sebahagian daripada peningkatan flit KN sebanyak 46 Prime Movers tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KN, Nik Muzani Nik Abdul Aziz berkata, trak Scania telah terbukti jimat bahan api dan boleh dipercayai, lebih menjimatkan kos operasi KN. 

 

"Perkongsian antara Scania dan KN telah menjadi model hubungan perniagaan yang mampan, dibina atas kepercayaan bersama, kebolehpercayaan, dan visi ‘hijau’ bersama untuk masa depan," katanya dalam kenyataan.

 

Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi pula berkata, Scania dan KN telah mempunyai perkongsian mampan selama 52 tahun yang luar biasa telah bertahan dalam masa mencabar. 

 

Katanya, ditubuhkan pada 1971, tahun yang sama apabila KN menerima trak Scania pertama mereka, yang juga merupakan kenderaan Scania pertama di Malaysia. 

 

"Selama bertahun-tahun, KN telah mempunyai 400 unit flit Scania, dipasang khas untuk pelbagai aplikasi logistik dan terus mendapat manfaat daripada rangkaian luas woksyop Scania di seluruh Malaysia. 

 

 

kn

 

 

"Ini adalah bukti perkongsian mampan Kontena Nasional dengan Scania untuk tahun-tahun yang akan datang," katanya.

 

Trak Scania G410 adalah penjimatan bahan api dan direka bentuk untuk mengurangkan pelepasan CO2 dengan rangkaian kuasa termaju dan penyelesaian aerodinamik, sambil turut menyediakan ciri keselamatan seperti 'Electronic Braking System', serta pilihan pemanduan dan rehat yang selesa. 

 

 

kn

 

 

kn

 

 

Dengan Mod Ekonomi yang telah ditetapkan dan 'Fleet Management System Control 10' yang menilai kemahiran pemandu KN, penjimatan bahan api selanjutnya boleh dijangka, menghasilkan penjimatan kos operasi yang ketara. 

 

Sementara itu, tahun ini KN akan memulakan usaha baharu untuk masa hadapan, depoh pembersihan tangki ISO di kemudahannya di Pasir Gudang, Johor. 

 

Menjelang Jun 2024, gudang baharu KN seluas 100, 000 kaki persegi di Pandamaran, Pelabuhan Klang, akan ditambah untuk meningkatkan ruang gudang sedia ada seluas 500, 000 kaki persegi. - DagangNews.com