Samsung Galaxy A03 tawar RAM lebih pantas | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Samsung Galaxy A03 tawar RAM lebih pantas

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Feb - Telefon pintar baharu Samsung Galaxy A03 menawarkan teknologi RAM 3GB atau 4GB 1 yang lebih pantas untuk para pengguna peranti itu.

 

Samsung memaklumkan, kedua-dua RAM itu membolehkan pengguna menjalankan beberapa tugas dalam satu masa dan bertukar antara aplikasi dengan cepat serta membuatkan kelas atau mesyuarat dalam talian lebih lancar. 

 

Katanya, Galaxy A03 memenuhi keinginan pengguna yag mencari telefon pintar untuk melaksanakan tugas harian atau untuk penggunaan masa lapang.

 

"Kini, pembelajaran hibrid dalam talian dan luar talian menjadi norma baharu dengan pandemik global, jadi ia penting untuk mempunyai akses kepada teknologi yang boleh membuatkan rutin anda lancar. 

 

"Terutamanya jika dalam perjalanan, peranti Galaxy A03 boleh membuat kehidupan harian anda lebih baik," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut kenyataan tersebut, peranti itu turut dilengkapi pemproses Octa-Core UNISOC T606 yang berkuasa dan lebih responsif.

 

"Sekarang anda boleh melakukan kerja dengan lebih cepat dan lancar tanpa sekatan. Paparan besar 6.5&quot HD+ Infinity-V 2 pula memberikan visual lebih jelas dan mengasyikkan, memudahkan anda membaca dokumen dan menghadiri kelas atau mesyuarat dalam talian. 

 

"Jika anda berada di dalam bilik gelap, jangan lupa menggunakan Dark Mode untuk mengurangkan keletihan mata dan penggunaan bateri pada masa sama," katanya.

 

Galaxy A03 didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, biru dan merah dengan harga runcit RM469. 

 

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03-blue-32gb-sm-a035fzbdxme/ - DagangNews.com