Richworks bangga pencapaian Dr Azizan, Zafrol lulus CIMA | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Richworks bangga pencapaian Dr Azizan, Zafrol lulus CIMA

Datuk Zafrol Rizal Mat (kiri) dan Datuk Wira Dr Azizan Osman
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 April - Pihak pengurusan Richworks International Sdn Bhd (Richworks) menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan pengasas bersama, Datuk Zafrol Rizal Mat yang lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Richworks, Radz Mohd berkata, dia mewakili pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian Dr Azizan dan Zafrol Rizal.

 

Katanya, seperti diketahui peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha bagi menamatkannya.

 

"Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa pendidikan ini sebenarnya tak pernah berhenti meskipun sudah bekerja mahupun berniaga. 

 

"Pembelajaran ini sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri," katanya dalam satu kenyataan.

 

Tambah Radz, Dr Azizan ada berkongsikan salah satu matlamatnya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).

 

"Meskipun banyak masa digunakan membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan RM3.2 bilion, beliau tak pernah berhenti belajar.

 

"Ketika ini, Dr Azizan juga merupakan calon bagi doktor falsafah, Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University yang dijangka tamat pada Oktober ini," jelasnya. - DagangNews.com