Public Investment jangka CPI kekal stabil sepanjang 2022 | DagangNews Skip to main content

Public Investment jangka CPI kekal stabil sepanjang 2022

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac - Public Investement Bank  Research menjangkakan Indeks Harga Pengguna (CPI) kekal stabil sepanjang 2022 kesan daripada impak pembukaan semula sektor ekonomi.

 

Ia akan disokong oleh peranan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) yang akan campur tangan dalam memastikan pergerakan harga minyak kekal stabil melepasi April 2022.

 

"Indeks akan didorong oleh lapan pakej rangsangan fiskal COVID-19 yang akan membantu meingkatkan aktiviti kepenggunaan dan pelaburan.

 

"Kerjasama kerajaan dan sektor swasta juga dilihat akan mencipta sekurang-kurangnya 1 juta peluang pekerjaan baharu pada 2022 selain Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal tidak berubah pada 1H22 juga akan menyokong momentum CPI," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu berkata, permintaan juga akan terus didorong oleh pelbagai bantuan fiskal seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), insentif khas seperti pengecualian cukai jualan (SST) untuk pembelian kenderaan baharu sehingga Jun 2022.

 

Selain itu kerajaan juga memperkenalkan inisiatif khusus seperti pengurangan 2% terhadap kadar pemotongan bulanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga Jun 2022.

 

"CPI juga akan disokong oleh peningkatan gaji minimum bermula Mei ini iaitu RM1,500 atau pertambahan sebanyak 25% dan syarikat swasta dengan minima lima pekerja dan ia dilihat memberi impak signifikan kepada golongan B40.

 

"Kombinasi bantuan ini akan mendorong kepada perkembangan CPI sebanyak 2.4% pada 2022 (berbanding 2.5% pada 2021) walaupun ia boleh melebihi jangkaan sekiranya berlaku gangguan bekalan berterusan.

 

"Inflasi juga mungkin akan meningkat semula sekiranya sektor pembuatan dan perlombongan mengalami masalah pengeluaran yang berterusan," katanya. - DagangNews.com