KUALA LUMPUR 13 Jun - Pemaju hartanah, CPI Land meraih dua anugerah berprestij pada majlis Anugerah StarProperty 2023 baru-baru ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pelopor dalam industri itu.
Projek kediaman Residensi Dian II yang berkonsepkan Bali menerima pengiktirafan Anugerah Kediaman Berkonsepkan Resort, manakala Residensi Tuan 2egacy yang menggabungkan unsur seni bina kolonial dan 'Georgian Revival' menerima 'Anugerah Sentuhan Asing'.
Pengarah CPI Land, Chung Shan Tat berkata, penghargaan itu adalah bukti kepada komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan dedikasi untuk mencipta kediaman luar biasa dan melangkaui jangkaan.
"Kami berbangga dengan pencapaian ini dan berazam untuk mewujudkan lebih banyak residensi yang menjadi kediaman selesa kepada para pembeli kami.
"Residensi Dian II adalah permata kebanggaan dan kami mengalu-alukan bakal penduduk untuk mengunjungi galeri pameran di Menara U2.
"Saya percaya pemilik kediaman akan terpesona dengan usaha kami membawa Bali ke Shah Alam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sesuai dengan cita rasa sofistikated pembeli moden, Residensi Dian II menampilkan hasil karya sempurna dengan memberi perhatian kepada setiap perinciannya.


Residensi eksklusif itu menawarkan ruang kediaman yang direka teliti dengan menyatukan nilai estetika dan fungsi secara harmoni.
Setiap perincian Residensi Dian II direka untuk menggambarkan teras seni bina dan reka bentuk Bali.
Penduduk residensi akan disambut dengan kehijauan yang menyegarkan, deruan air yang menenangkan, serta laluan yang membangkitkan rasa tenang dan damai.

Ciri-ciri Residensi Dian II yang menyerlah termasuklah Candi Bentar yang indah, kolam spa, astaka terapung dan taman berlandskap yang subur menghijau.
Pembangunan ini juga memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kemudahan, dengan pengawasan 24-jam dan plaza 'drop off' yang menarik. - DagangNews.com








