KUALA LUMPUR 22 April - Berikutan penampilan sulungnya di papan iklan 3D ikonik di luar Pavilion Mall di Bukit Bintang, Rentas Health Sdn Bhd telah melancarkan Pop-up Callie Lab yang pertama di The Starhill KL menerusi jenama pelitup mukanya Callie.
Sempena pelancaran itu, Callie dan Osel Group turut mengumumkan hasrat mereka untuk bekerjasama dan mencipta produk penjagaan kesihatan baharu yang akan berkembang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian dalam tempoh endemik ini dan seterusnya.
Osel Group memaklumkan bahawa produk unik Callie akan digabungkan dengan teknologi R&D dan penjagaan kesihatan Osel Group untuk menyepadukan proses kualiti yang memastikan semua ciptaan memenuhi dan melebihi standard kualiti antarabangsa yang paling ketat.
Pada acara itu, Callie giat berusaha mempamerkan teknologi dan inovasi terkini yang digabungkan ke dalam setiap produknya seperti KN95, KF99 dan 4 Ply Mask.
Kedai pop-up dihiasi dengan reka bentuk yang mengasyikkan dan pameran interaktif yang membolehkan pelanggan 'menyentuh-dan-rasa' kualiti bahan, memahami komponen yang digunakan untuk membuat produk serta memeriksa rangkaian pelitup muka semasa dan pilihan warna yang akan datang.
Di samping itu, salah satu stesennya akan menyediakan perkhidmatan pembungkusan khusus yang membolehkan pembeli memadankan set pelitup muka mereka dengan reka bentuk kotak.
Ini adalah sebahagian daripada usahanya untuk membangunkan cara baharu untuk memastikan pengguna 'selamat mengikut fesyen', kerana pelitup muka telah menjadi bahagian penting dalam gaya hidup dan aktiviti harian seseorang.
Pengarah Urusan Rentas Health, Kelly Teoh berkata, pihaknya teruja kerjasama baharu dengan Osel Group yang pastinya akan membantu membawa jenama Callie ke tahap yang baharu dan lebih tinggi.
"Walaupun Callie serius mengenai kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan pelanggannya, kami juga begitu bersemangat untuk memperkenalkan cara baharu yang indah untuk kekal dilindungi setiap hari.
"Inilah sebab mengapa kami memutuskan untuk mempamerkan pelitup gred perubatan kami, diluluskan di peringkat global dan gaya menarik dalam acara di Starhill yang berprestij ini dalam bentuk pertunjukan animasi 3D di luar Pavilion KL dan acara Pop-up Callie Lab di The Starhill KL," katanya.
Pengarah Perubatan Osel Group of Clinics, Datuk Seri Dr. Kris See pula berkata, pelitup muka gred perubatan pertama dicipta pada tahun 1930 oleh Dr. Wu Lien Teh, yang kebetulan merupakan sebahagian daripada keturunannya menetapkan penanda aras teknikal dan reka bentuk penapis yang membuktikan kegunaannya sehingga hari ini.
"Oleh itu, saya gembira melihat Callie sebagai jenama tempatan memainkan peranan penting dalam mendokong proses pengeluaran pelitup muka berkualiti, sentiasa berinovasi dengan kejuruteraan tinggi untuk kesejahteraan dan keselamatan orang ramai, selain mendokong aspirasi masyarakat untuk melakukan terbaik," katanya. - DagangNews.com







