PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter dan Vishu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter dan Vishu

KUALA LUMPUR 15 April -  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Good Friday dan Easter, kepada Keluarga Malaysia yang beragama Kristian.

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya berkata, Malaysia meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian sebagai sebuah keluarga besar dan saling menghormati antara satu sama lain.

 

"Inilah Malaysia. Negara yang unik, harmoni dan bersilang budaya.

 

"Umpama selembar benang, dikait, ditenun dan dijalin, akhirnya menjadi kain yang sempurna, ibarat sebuah Keluarga Malaysia yang sejahtera," katanya.

 

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Vishu kepada masyarakat Malayalee di Malaysia.

 

 

pm

 

 

"Semoga perayaan tahun baharu bagi kaum Malayalee ini membawa kebaikan dan keamanan di samping mengeratkan hubungan sesama Keluarga Malaysia," katanya. - DagangNews.com