PM Ismail Sabri, pemimpin Huazong berkongsi pandangan isu semasa, ekonomi | DagangNews Skip to main content

PM Ismail Sabri, pemimpin Huazong berkongsi pandangan isu semasa, ekonomi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (lima, kanan) menerima kunjungan hormat daripada pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong). - Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA 7 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), yang antara lain mereka berkongsi pandangan mengenai ekonomi dan isu-isu semasa.

 

Antara pemimpin Huazong yang hadir dalam pertemuan kira-kira sejam di Perdana Putra di sini ialah Presiden, Tan Sri Goh Tian Chuan; Timbalan Presiden, Datuk Ong Seng Khek; Naib Presiden, Datuk Lam Kuang Yau; Setiausaha Agung, Datuk Dr Wong Aik Loung dan Bendahari, Tan Sri Tan Kean Soon.

 

Ditubuhkan pada 1991, Huazong merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggabungkan 13 gabungan persatuan dan pertubuhan Cina di setiap negeri dan wilayah di Malaysia.

 

Huazong memainkan peranan untuk memelihara kepentingan komuniti Cina dalam isu berkaitan ekonomi, kebudayaan, pendidikan serta pembangunan sosial, lapor Bernama.

 

Video pertemuan Perdana Menteri dengan Huazong boleh didapati di sini.

 

Huazong menjadi pengantara komunikasi antara komuniti Cina di Malaysia dengan kerajaan Malaysia dan memupuk semangat perpaduan masyarakat Cina melalui penganjuran aktiviti bersifat kebudayaan. - DagangNews.com