PM Ismail Sabri doakan Agong segera sembuh | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM Ismail Sabri doakan Agong segera sembuh

Gambar Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR 21 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah yang kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dikurniakan kesembuhan segera.

 

“Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan untuk terus menaungi Negara. Dirgahayu Tuanku,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.

 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki, lapor Bernama.

 

Bagaimanapun kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. - DagangNews.com