Penjawat awam dari Sabah menang Vespa menerusi peraduan MR D.I.Y. | DagangNews Skip to main content

Penjawat awam dari Sabah menang Vespa menerusi peraduan MR D.I.Y.

Alex Goh menyampaikan replika kunci hadiah utama peraduan ‘Belanja & Menang’ MR D.I.Y. kepada Alicia@Alice Marcus Mujamah (kanan).
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang kakitangan kerajaan dari Tambunan, Sabah telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama peraduan ‘Belanja & Menang’ MR D.I.Y. sekali gus membawa pulang sebuah Vespa Primavera 150 baharu.

 

Alicia@Alice Marcus Mujamah, 45, tidak menyangka memenangi hadiah utama berikutan pertama kali mengambil bahagian dalam peraduan itu.

 

"Saya hampir tidak percaya apabila diberitahu bahawa saya telah memenangi hadiah utama ini. 

 

"Saya teruja untuk membawa pulang Vespa baharu ini ke Tambunan dan bersiar-siar di bandar dengannya. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan buat saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Peraduan tersebut menyaksikan lebih daripada 1,000 pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah bernilai lebih RM165,000. 

 

Ketua Pemasaran MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, kumpulan sentiasa mencari inisiatif baharu dan lebih baik untuk menghargai para pelanggan setia. 

 

"Peraduan ‘Belanja & Menang’ ini sememangnya terkenal dalam kalangan para pelanggan dan ini merupakan kali pertama kami menganjurkannya untuk kesemua jenama kami iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR. 

 

 

mrdiy

 

 

mrdiy

 

 

"Ia ternyata berjaya menarik perhatian ramai; kami menerima respons yang begitu memberangsangkan dari rakyat Malaysia. Kami akan terus mencari pelbagai peluang lain untuk memberikan lebih nilai kepada para pelanggan," katanya.

 

Selain hadiah utama, upacara penyampaian hadiah tersebut juga menyaksikan dua pemenang hadiah pertama membawa pulang mesin memasak pintar jenama Thermomix® TM6, manakala tiga pemenang hadiah tempat kedua masing-masing menerima telefon pintar iPhone 13 Pro (128GB). 

 

 

mrdiy

 

 

Lima pemenang tempat ketiga pula membawa pulang Kaserol Bulat Le Creuset (24cm), dan lapan pemenang hadiah keempat menerima iPad Gen ke- 9 (64GB) setiap seorang. 

 

Seramai 1,000 pelanggan bertuah juga telah menerima hadiah sagu hati berupa baucar tunai bernilai RM100 untuk membeli barangan kegemaran mereka di cawangan-cawangan MR D.I.Y. dan MR. DOLLAR. - DagangNews.com