Pengasas Chin Hin, Datuk Chiau Beng Teik terajui Ajiya Berhad | DagangNews Skip to main content

Pengasas Chin Hin, Datuk Chiau Beng Teik terajui Ajiya Berhad

Datuk Seri Chiau Beng Teik

KUALA LUMPUR 7 Mei - Ajiya Bhd mengumumkan pengurusan baharunya dengan pelantikan pengarah eksekutif, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif baharu.

 

Dalam pemaklumannya di Bursa Malaysia, Ajiya berkata ia telah melantik Datuk Seri Chiau Beng Teik sebagai pengarah eksekutifnya.

 

Chiau, yang mengasaskan syarikat Chin Hin Group Bhd iaitu pakar bahan binaan yang tersenarai di Papann Utama, kini merupakan pemegang saham terbesar Ajiya dengan 32% atau 93.35 juta kepentingan saham dalam syarikat itu.

 

Anak lelaki Chiau, Chiau Haw Choon, 38, juga dilantik berkhidmat sebagai pengarah urusan Ajiya, menurut pemfailan berasingan.

 

Beliau kini berkhidmat dan memegang beberapa jawatan pengarah lain dalam Solarvest Holdings Bhd dan Signature International Bhd, selain menjadi pengarah urusan kumpulan Chin Hin.

 

 

Chiau Haw Choon
                          Chiau Haw Choon

 

 

Sementara itu, Datuk Chan Wah Kiang, yang telah meletak jawatan sebagai MD Ajiya pada Khamis (5 Mei), telah dilantik untuk menerajui pengeluar bahan binaan itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, kata syarikat itu dalam pemfailan berasingan pada Jumaat.

 

 

Datuk Chan Wah Kiang
              Datuk Chan Wah Kiang

 

Artikel berkaitan: Selepas lupus keseluruhan pegangan, pengarah urusan Ajiya letak jawatan

 

Semasa pasaran ditutup pada Jumaat, saham Ajiya turun tiga sen atau 2.6% untuk ditutup pada RM1.13, memberikannya permodalan pasaran RM344.2 juta. Setakat ini, harga saham syarikat telah susut empat sen atau 3.42% daripada RM1.17. - DagangNews.com