KUALA LUMPUR 2 Sept - Penganalisis secara keseluruhan positif terhadap pertumbuhan pendapatan KPJ Healthcare Bhd, setelah mengambil kira peningkatan dalam pelancongan perubatan dan bilangan hospital lebih banyak dalam portfolionya.
TA Research dalam satu laporan berkata, kenaikan dalam kemasukan pelancongan perubatan merupakan hasil kerjasama Kumpulan dengan agensi tempatan di Indonesia serta ketibaan pelancong perubatan yang lebih tinggi melalui kemasukan tanpa visa, terutamanya dari India dan China.
“Dalam unjuran kami, kami menjangkakan hasil pelancongan penjagaan kesihatan KPJ meningkat sebanyak 68% kepada RM324 juta pada tahun kewangan 2024 (FY24).
"Kami percaya KPJ Bandar Dato’ Onn, Johor Baru; KPJ Batu Pahat, Johor; dan KPJ Perlis berada di landasan yang betul untuk menyampaikan keuntungan sulung mereka pada FY24,” ujar TA Research.
TA Research mengekalkan saranan "tahan" ke atas KPJ dengan harga sasaran (TP) RM2 sesaham.
Turut berkongsi pandangan yang sama, MIDF Research berkata, di samping pelancongan perubatan, sokongan kerajaan dan teknologi canggih juga dijangka kepada permintaan perkhidmatan yang lebih tinggi pada tahun kalendar 2024.
MIDF Research juga mengeluarkan panggilan "beli" ke atas KPJ dengan TP tidak berubah sebanyak RM2.54 sesaham berdasarkan prestasi kukuh syarikat penjagaan kesihatan itu di dalam negara berikutan tumpuannya pada penyetempatan operasinya.
Penyelidikan Bank Pelaburan Hong Leong menjangkakan pertumbuhan pendapatan teras tahun ke tahun yang tidak berubah.
Ia mengekalkan panggilan "tahan" ke atas saham dengan TP lebih tinggi sebanyak RM1.87 sesaham.- DagangNews.com








