PCSH anjurkan program pemeriksaan kesihatan komuniti  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PCSH anjurkan program pemeriksaan kesihatan komuniti 

Pemeriksaan kesihatan boleh membantu mengesan penyakit tertentu pada peringkat awal
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 11 Jan - Perak Community Specialist Hospital (PCSH) bersama pertubuhan Perak, Toong Onn Wooi Koon telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Komuniti baru-baru ini.

 

PCSH dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan kesihatan itu juga bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Menurut kenyataan itu, atas rasa tanggungjawab terbabit, PCSH telah memilih program berkenaan sebagai pembukaan tirai aktiviti pada tahun ini.

 

"Selain menawarkan pemeriksaan darah pada caj istimewa, PCSH turut mengadakan beberapa pemeriksaan kesihatan kepada orang ramai.

 

"Ini termasuklah ujian mamogram percuma dan ujian HPV DNA yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)," ujar kenyataan itu.

 

Turut diadakan ialah sesi ceramah kesihatan berhubung diabetis dan hipertensi yang disampaikan oleh Dr. Kaw Han Chung.

 

 

pcsh
Ujian mamogram percuma dan ujian HPV DNA turut dijalankan dengan kerjasama LPPKN

 

 

pcsh
PCSH yang terletak di Jalan Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak

 

 

Program ini juga merupakan salah satu aktiviti  sosial korporat PCSH untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat. - DagangNews.com