Nongshim perkenal mi segera Korea Mr BIBIM Spicy Chicken di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Nongshim perkenal mi segera Korea Mr BIBIM Spicy Chicken di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Julai - Membawa makanan Korea yang lazat ke Malaysia, Nongshim memperkenalkan produk ramyun keluarannya, Mr BIBIM Spicy Chicken yang boleh didapatkan di seluruh Malaysia. 

 

Barisan produk yang baru dilancarkan ini dirumus untuk merangsang deria rasa menerusi bahan-bahannya yang digabung bersama sehingga menzahirkan keenakan rasa seumpama ayam 'Yangnyeom'.

 

Mr. BIBIM Spicy Chicken akan memberi pengalaman kulinari yang menarik bagi rakyat Malaysia dengan sos pedas Korea yang sedap bersama dengan mi yang kenyal lagi tebal. 

 

Memandangkan sebahagian rakyat Malaysia juga gemar menikmati santapan yang kurang bersup/berair seperti char kuetiau, mi goreng dan ‘pan mee’ cili kering misalnya, maka Mr. BIBIM Spicy Chicken dilancarkan di pasaran ini untuk memenuhi citarasa mereka. 

 

Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, Mohan Alagappar berkata, pasaran ayam goreng Korea berkembang pesat, dan sejajar dengan permintaan yang tinggi ke atas makanan Korea.

 

"Kami melihat pasaran ini mempunyai potensi untuk terus berkembang. Di Nongshim, kami giat menginovasi dengan matlamat untuk menyajikan makanan Korea yang paling lazat menerusi produk-produk mi segera kami. 

 

"Kami yakin bahawa rakyat Malaysia akan berpuas hati dengan kualiti dan keenakan Mr. BIBIM Spicy Chicken dan kami teruja untuk melihat sambutan mereka," katanya dalam kenyataan media di sini.

\

 

nongshim

 

 

Menyedari permintaan yang tinggi terhadap ayam goreng Korea, Nongshim mengenal pasti Malaysia sebagai negara yang pertama di benua Asia Tenggara untuk melebarkan sayapnya.

 

Nongshim yakin bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan selera makan yang pelbagai, akan menjadi pasaran yang seterusnya untuk jenama ini terokai.

 

Setiap bungkusan Mr. BIBIM Spicy Chicken yang berharga RM20.90 mengandungi empat pek. 

 

Orang ramai boleh mendapatkan mi segera ini di hampir semua pasar raya yang terdapat di Malaysia seperti AEON, Econsave, Mydin, TF Value Mart, Jaya Grocer, Village Grocer, Checkers, Billion, Isetan dan banyak lagi. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Mr. BIBIM Spicy Chicken dan cara untuk membelinya, sila layari  https://nongshim.com.my/ atau ikuti laman sosial untuk perkembangan terkini di  https://www.instagram.com/nongshim_malaysia/. - DagangNews.com