Niche Capital Emas teroka kerjasama perlombongan nikel di Indonesia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Niche Capital Emas teroka kerjasama perlombongan nikel di Indonesia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Julai - Niche Capital Emas Holdings Berhad sedang jalin kerjasama dengan syarikat perlombongan Indonesia untuk meneroka perlombongan nikel.

 

Kumpulan itu, berkata, syarikat itu memeterai memorandum persefahaman (MOU) tiga bulan dengan PT Advance Nickel Energy (PT ANE) untuk mewujudkan asas kerjasama bagi tujuan menjalankan cadangan usaha niaga nikel di Indonesia.

 

Menurut Niche Capital, PT ANE telah mengadakan perjanjian perniagaan dengan syarikat yang mempunyai lesen perlombongan nikel di Sulawesi, Indonesia.

 

Menurut terma MOU, kumpulan itu berusaha untuk melabur dan memasuki industri perlombongan Indonesia dengan mewujudkan hubungan kerjasama dalam pelbagai pengaturan yang berpotensi.

 

Ia mungkin termasuk syarikat yang memperoleh saham PT ANE, mewujudkan usaha sama untuk kerja-kerja kontraktor.

 

“Cadangan kerjasama itu adalah sebahagian daripada pelan strategik syarikat untuk mengembangkan operasi perlombongannya di luar Malaysia dan mempelbagaikan kepada mineral lain selain emas.

 

"MOU itu membolehkan pihak-pihak berunding secara eksklusif bagi memastikan Niche Capital mempunyai rakan kongsi yang tepat untuk kemasukannya ke dalam usaha niaga nikel Indonesia," katanya.

 

Bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2023 (3QFY23), Niche Capital mencatatkan kerugian bersih yang lebih kecil sebanyak RM789,000 berbanding RM1.25 juta setahun sebelumnya, walaupun hasil turun 65.25% kepada RM2.65 juta daripada RM7. 62 juta sebelum ini. - DagangNews.com