MYAirline tawar tambang serendah RM39 menerusi promosi Istimewa Ramadan | DagangNews Skip to main content

MYAirline tawar tambang serendah RM39 menerusi promosi Istimewa Ramadan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Feb - MYAirline menawarkan tambang penerbangan serendah daripada RM39 untuk destinasi ke Pulau Pinang, Kota Bharu dan Langkawi sehingga 12 Februari 2023, menerusi tiga buah kempen yang dilancarkan.

 

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata, promosi tersebut turut melibatkan destinasi seperti Kuching, Sibu dan Miri dengan tambang bermula daripada RM69, manakala Kota Kinabalu (RM119) dan Tawau (RM129).

 

Katanya, tempoh perjalanan untuk promosi itu bermula dari 17 Februari hingga 20 Mac 2023 untuk Jualan Cuti Sekolah, 21 Mac hingga 13 April 2023 untuk Istimewa Ramadan dan 1 Mei hingga 30 Jun 2023 untuk promosi Tawaran Perjalanan Pertengahan Tahun.

 

"Promosi ini tersedia untuk semua laluan MYAirline dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)

 

"Dengan komitmen MYAirline terhadap kebolehpercayaan, pengembara dapat menikmati dengan pantas dan boleh dipercayai dan perjalanan yang meyakinkan.

 

"Ini terbukti daripada lebih 250,000 penumpang dengan faktor muatan sebanyak 92% sejak penubuhannya pada Disember 2022," katanya.

 

Katanya, tempahan penerbangan boleh dibuat melalui laman web di myairline.my atau aplikasi MYAirline yang tersedia di Apple App Store dan Google Play.

 

 

myairline

 

 

myairline

 

 

myairline

 

 

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran promosi penerbangan, pengumuman serta terma dan syarat untuk setiap promosi, orang ramai boleh melayari myairline.my atau aplikasi MYAirline. - DagangNews.com