Mudajaya raih kontrak RM64.1 juta daripada Kotra Pharma bagi projek pembinaan di Melaka | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mudajaya raih kontrak RM64.1 juta daripada Kotra Pharma bagi projek pembinaan di Melaka

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 10 April - Mudajaya Group Berhad telah menerima surat anugerah (LOA) bernilai kira-kira RM64.1 juta daripada Kotra Pharma (M) Sdn Bhd.

 

Menurut makluman syarikat di Bursa Malaysia hari ini, kumpulan tersebut berkata, kontrak tersebut adalah untuk pembinaan gudang satu tingkat serta mezanin enam tingkat (Blok C) di Taman Teknologi Cheng, Daerah Melaka Tengah, Melaka.

 

Projek ini disasarkan siap pada Oktober 2024 dengan tempoh pembinaan selama 18 bulan dari tarikh pemilikan tapak.

 

“Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan seterusnya,” katanya itu dalam makluman tersebut.

 

Kontrak tersebut telah diperoleh melalui anak syarikatnya, Mudajaya Corporation Bhd pada 10 April 2023.

 

Saham Mudajaya ditutup pada 19.5 sen, susut 0.5sen atau 2.5%, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM365.77 juta. -DagangNews.com