MTC, APTTA meterai MoU tingkat eksport produk kayu-kayan Malaysia | DagangNews Skip to main content

MTC, APTTA meterai MoU tingkat eksport produk kayu-kayan Malaysia

Datuk Zuraida Kamaruddin (tiga dari kanan, belakang) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara MTC dan APPTA pada 30 Mac 2022.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 April - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) terus berusaha meluaskan pasaran dan pembekalan produk kayu-kayan Malaysia ke pasaran luar negara.

 

Menteri KPPK, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, satu perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani pada 30 Mac 2022 antara MTC dan pemain utama industri kayu, All Pakistan Timber Traders Association (APTTA).

 

Beliau berkata, perjanjian persefahaman itu merupakan antara langkah strategik KPPK dalam usaha meningkatkan eksport produk kayu-kayan Malaysia, bertepatan dengan sasaran kementerian pada tahun 2022 bermula Januari hingga Jun ini yang menyasarkan eksport bagi sektor kayu-kayan sebanyak RM12 bilion.

 

"Bahkan, pemain-pemain industri berkenaan turut didedahkan mengenai peluang yang boleh terus diperkukuhkan dalam sektor agrikomoditi seperti sawit, getah, lada, koko dan kenaf memandangkan Malaysia dan Pakistan telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang sekaligus membantu dalam membina kemampanan ekonomi kedua-dua negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

zuraida

 

 

Katanya, KPPK komited untuk memastikan industri perkayuan dan komoditi negara akan terus berkembang maju dan pulih selepas dilanda pandemik COVID-19. - DagangNews.com