KUALA LUMPUR 5 Dis - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merangkul Anugerah Best Team 2022 pada ASEAN-ROK XR Professional Training Program yang berlangsung di Busan, Korea Selatan sempena 2022 TPO Capacity Building Program.
MPT menerusi kenyataan di Facebook berkata, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan (Sistem Maklumat), Hani Khoraini Jamaluddin dan Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pengurusan Bukit Larut dan Unit Pelancongan mewakili MPT untuk menerima anugerah tersebut.
Menurutnya, seramai 22 peserta dari Vietnam, Cambodia, Pakistan, Nepal dan Indonesia menyertai latihan anjuran Busan IT Industry Promotion Agency (BIPA) dengan kerjasama Tourism Promotion Organization (TPO).
"Selain MPT, dari Malaysia ada Taiping, Ipoh, Kampar, Kuala Kangsar dan dan Sarawak.
"MPT merupakan ahli TPO sejak tahun 2014. Latihan ini bertujuan membantu menyebarkan Teknologi Extended Reality (XR) ke negara ASEAN dan meletakkan asas untuk pembangunan bersama berdasarkan teknologi ICT.



"Latihan tertumpu kepada Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Pelancongan dan organisasi yang berkaitan dalam negara ASEAN," katanya.

Selepas latihan, dua peserta yang terpilih akan membentangkan kertas cadangan di XR Corporation Proposal Presentation pada 19 Disember 2022 sempena Busan Metropolitan City Mayor's Award, Korea Selatan. - DagangNews.com








