MIDF Research 'potong' unjuran pendapatan KLK 13%, 28% bagi FY23 dan FY24 | DagangNews Skip to main content

MIDF Research 'potong' unjuran pendapatan KLK 13%, 28% bagi FY23 dan FY24

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Nov - MIDF Research menyemak turun pendapatan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) sebanyak 13% dan 28% bagi FY23 dan FY24.

 

Firma itu berkata, potongan unjuran dibuat berdasarkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) iaitu RM3,500 setiap tan dan RM3,000 setiap tan selain menyemak turun margin keuntungan dan pengeluaran.

 

"Bagaimanapun, kami berpendapat prospek KLK kekal kukuh selepas pengambilalihan ekuiti IJM Plantations Berhad.

 

"Kami menjangkakan  kerana strategi pelan jangka panjangnya untuk mengembangkan perniagaan huluannya dilihat membuahkan hasil didorong oleh peningkatan purata harga jualan (ASP) MSM yang direalisasikan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu menyusut kepada RM2.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 berbanding RM2.26 juta pada tahun sebelumnya kesan daripada kerugian di dalam pelaburan.

 

Hasil kumpulan itu bagaimanapun melonjak kepada RM27.15 bilion berbanding RM19.92 billion pada bulan sebelum ini.

 

Bahagian perladangan, pembuatan dan pembangunan hartanah memberikan sumbangan yang tinggi bagi FY22.

 

Segmen perladangan mencatatkan kenaikan untung kepada RM2.14 bilion, didorong oleh harga jualan MSM dan isirong sawit (PK) yang lebih kukuh.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM26.00 berbanding RM31.50 sesaham sebelum ini. - DagangNews.com