Megat Zaharuddin letak jawatan pengarah bebas Sapura Energy | DagangNews Skip to main content

Megat Zaharuddin letak jawatan pengarah bebas Sapura Energy

Tan Sri Megat Zaharuddin Mohd Nor

KUALA LUMPUR 7 Mei - Tan Sri Megat Zaharuddin Mohd Nor meletak jawatan sebagai pengarah bebas Sapura Energy Bhd untuk mengusaha kepentingan lain, menurut pemfailan bursa oleh kumpulan minyak dan gas (O&G) yang bermasalah itu.

 

Sehubungan itu, beliau juga tidak lagi menjadi pengerusi jawatankuasa pencalonan dan imbuhan kumpulan itu.

 

Megat Zaharuddin dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas pada 27 Ogos 2020, dan kemudiannya dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas kanan pada 18 September 2020.

 

Beliau sebelum ini merupakan pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari 27 Julai 2018 hingga 30 Jun 2019 dan juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Malayan Banking Bhd dari 1 Oktober 2009 hingga 31 Mac 2017.

 

Berpengalaman luas selama 31 tahun di dalam industri O&G, beliau pernah berkhidmat dengan Kumpulan Syarikat Royal Dutch Shell dan pernah memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif perniagaan serantau dan pengarah urusan Shell Exploration and Production BV sebelum bersara pada awal tahun 2004.

 

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Maxis Communications Bhd, Etiqa Insurance & Takaful, Lembaga Getah Malaysia, dan Maybank Investment Bank Berhad, antara lain.

 

Peletakan jawatan Megat Zaharuddin daripada lembaga pengarah Sapura Energy berikutan pemergian Tan Sri Shamsul Azhar Abbas pada 29 April, digantikan oleh Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkuat kuasa 7 Mei lalu.

 

Sapura Energy ditutup tidak berubah pada empat sen pada Jumaat (6 Mei), memberikannya permodalan pasaran RM639.16 juta. - DagangNews.com