Malaysia antara 4 negara terpilih lancar telefon pintar edisi khas realme 10 Pro Coca-Cola Edition | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malaysia antara 4 negara terpilih lancar telefon pintar edisi khas realme 10 Pro Coca-Cola Edition

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 April - Malaysia terpilih sebagai salah sebuah dari empat negara di seluruh dunia untuk melancarkan jenama telefon pintar, realme 10 Pro Coca-Cola Edition.

 

realme dalam kenyataan berkata, telefon pintar edisi terhad itu hanya akan dikeluarkan sebanyak 6,000 unit sahaja di seluruh dunia.

 

Katanya, telefon pintar edisi khas itu juga menampilkan elemen reka bentuk klasik Coca-Cola yang mendapat tumpuan media dan kegemaran KOL (Key Opinion Leader), malah menarik perhatian bilionair, Elon Musk. 

 

"Reka bentuk belakang telefon pintar ini diinspirasikan oleh elemen reka bentuk klasik Coca-Cola dengan warna merah dan hitam.

 

"Nada dering juga disesuaikan untuk memberikan butiran yang lebih menarik, seperti nada dering Coca-Cola," katanya.

 

Menurut realme, Sistem UI tersuai, daripada skrin kunci kepada kesan pengecasan dinamik, semuanya direka berdasarkan dan elemen Coca-Cola yang membawa keceriaan pada setiap detik untuk pengguna.

 

 

coke

 

 

realme

 

 

Katanya, realme 10 Pro Coca-Cola Edition memfokuskan pada reka bentuk dan panel belakang menggunakan warna merah dan penjenamaan Coca-Cola yang berbeza. 

 

"Malah permukaan kamera belakang mempunyai sedikit warna merah untuk dipadankan dengan estetika syarikat minuman ringan itu," katanya. - DagangNews.com