LPT2 aktifkan laluan keluar kenderaan di Plaza Tol Dungun, Plaza Tol Ajil ekoran limpahan air Sungai Kudung | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

LPT2 aktifkan laluan keluar kenderaan di Plaza Tol Dungun, Plaza Tol Ajil ekoran limpahan air Sungai Kudung

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Dis - LPT2 Sdn Bhd mengaktifkan laluan keluar kenderaan (mandatory exit) di Plaza Tol Dungun (arah ke utara) dan Plaza Tol Ajil (arah ke selatan) berikutan laluan di kedua-dua arah ditutup bagi semua jenis kenderaan ekoran laluan terhalang akibat limpahan air Sungai Kudung di KM372.0 di antara laluan Bukit Besi dan Ajil. 

 

Lebuhraya Pantai Timur 2-LPT2 menerusi kenyataan di Facebook berkata, laluan keluar di Plaza Tol Dungun itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan tapak.

 

LPT2 turut meminta orang ramai menghubungi talian-talian sekiranya berlaku kecemasan, antaranya Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu (09-6236644), Bomba Jalan Kota (09-6243105) dan Bencana Operasi APM Terengganu (09-6236655/6622).

 

 

LPT2

 

 

Orang ramai juga diminta menghubungi LPT2line di talian 1-800-88-0220 sekiranya terdapat pertanyaan lanjut. - DagangNews.com