KUALA LUMPUR 13 April - Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) mengumumkan selebriti terkenal tempatan, Lisa Surihani dan Alif Satar sebagai duta HLB yang baharu semasa sesi bertemu mesra dengan pelanggan bank dan pengamal media di ibu negara, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB berkata, Zalman Zainal berkata, duo ini akan menjadi wajah-wajah pelbagai kempen dan inisiatif bank, kepada pelanggan daripada semua segmen.
Katanya, kerjasama ini bertujuan untuk membina hubungan yang lebih mendalam antara bank dan pelanggan, membantu meningkatkan profil bank dan mengukuhkan komitmen bank untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan produk yang dibina mengikut keperluan serta keutamaan pelanggan.
"Kami gembira untuk menyambut Lisa Surihani dan Alif Satar ke keluarga HLB. Sebagai duta HLB, mereka akan membantu kami menjalin hubungan dengan pelanggan dan komuniti secara luas, dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami dengan cara yang bermakna.
“Sebagai artis dan usahawan yang tulus dan berjaya, mereka sentiasa berbakti kepada masyarakat, dan ini mencerminkan ethos bank yang fokus kepada komuniti.
"Bagi kami di HLB, produk, perkhidmatan, dan penyelesaian kewangan kepada pelanggan harus sentiasa bertumpu kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan dan aspirasi kewangan mereka. Kami percaya Lisa dan Alif akan sepenuhnya mewakili nilai-nilai HLB dan menyampainya kepada audiens yang lebih luas," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Lisa pula berkata, beliau kagum dengan komitmen HLB dalam memberdayakan rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat kewangan mereka dengan menjadikan proses perbankan mudah dan lancar, terutamanya melalui platform perbankan digital dan inklusif.

"Sebagai seorang ibu dengan anak-anak kecil, saya menghargai sumber-sumber celik kewangan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah dikumpulkan oleh HLB di laman web mereka yang saya boleh gunakan untuk mengajar anak-anak saya tentang kepentingan pengurusan kewangan dan melindungi planet kita," katanya.
Beliau juga berharap dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama HLB untuk membantu lebih ramai orang, terutamanya keluarga muda, menguruskan kewangan mereka dan membina landasan kukuh untuk anak-anak mereka.
Alif turut menambah, sebagai seseorang yang telah mengalami sendiri kepentingan celik kewangan dan keusahawanan, beliau bersemangat untuk mewakili HLB dalam usaha berterusan mereka untuk menjadikan produk dan perkhidmatan kewangan mudah diakses semua orang.

Katanya, akses mudah kepada produk dan perkhidmatan ini adalah penting dalam membantu masyarakat mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka, dan celik kewangan ini membolehkan mereka untuk merancang masa depan kewangan mereka.
"Dengan menempatkan keperluan pelanggan di hadapan, HLB dapat membantu ramai lagi orang meningkatkan taraf hidup mereka dan mencapai matlamat kewangan mereka," katanya.
Seiring dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, HLB juga telah menyediakan video kempen Raya bertajuk 'Gaya Raya Kita', yang menampilkan kenangan dan pengalaman beraya melalui pandangan kanak-kanak.
Untuk menonton video tersebut, sila layari https://www.youtube.com/watch?v=r5LZ3FXmjaM manakala untuk maklumat lanjut mengenai promosi raya HLB boleh melayari https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/home.html. - DagangNews.com








