KUALA LUMPUR 22 April - Sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri, Lazada Malaysia memperkenalkan pameran bergerak jelajah 'Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati', kombinasi menarik O2O (offline-to-online) yang pertama bertemakan Ramadan dan Raya.
Selain menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai di lokasi-lokasi jelajah, Lazada turut menyiarkan siaran strim secara langsung yang dibawakan khas untuk orang ramai menerusi dalam talian.
Siri jelajah tersebut akan dihoskan oleh DJ Ili Ruzanna di beberapa bazar Ramadan serta lokasi food truck sekitar Lembah Klang sepanjang dua minggu, termasuk:
• 22 April 2022 (Jumaat), 4.00 pm – 7.00 pm: Ramadan Bazaar Taman Tun Dr. Ismail
• 23 April 2022 (Sabtu), 4.00 pm – 7.00 pm: Uptown Jalan Reko, Kajang
• 29 April 2022 (Jumaat) 8.45 pm – 12.00am: Tapak Jalan Ampang, Kuala Lumpur
• 30 April 2022 (Sabtu) 8.45 pm – 12.00 am: Santai Setia Alam
Sepanjang kempen Ramadan dan Raya Lazada Malaysia yang bertemakan ‘Tambah ke Troli, Bertambah-Tambah ke Hati’, para pelanggan dapat mengimbasi ribuan produk pada harga yang berbaloi di aplikasi Lazada.
Bagi Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati pula, mereka dapat mendekati produk yang dipamerkan menerusi seleksi yang telah dikurasikan khas, dengan pelbagai tawaran ‘mesti beli’ untuk Ramadan dan Raya.
Lazada juga akan menggandakan keceriaan bagi mereka yang hadir di lokasi-lokasi jelajah dengan peluang untuk memenangi hadiah hebat seperti Sony 50” Smart TV.
Di samping itu, Lazada akan membawakan lintas langsung LazLive, siaran istimewa strim secara langsung selama satu jam yang boleh ditonton menerusi app Lazada, pada setiap tarikh jelajah.
Secara keseluruhan, menerusi pelbagai aktiviti di lokasi dan juga permainan dalam talian, Lazada menawarkan pelbagai baucar bernilai hampir RM12,000 untuk dimenangi.


Keceriaan semakin berterusan pada 21 April 2022 dengan konsert khas LazLive ‘Akustika Mubarak Bertambah-Tambah ke Hati’ bermula pada pukul 10.00 malam sehingga 12.00 tengah malam, dengan persembahan khas oleh Shila Amzah, Alif Aziz, Faizal Tahir, Nabila Razali dan ramai lagi.
Ia juga membawakan segmen khas LazadaForGood, platform pemberian derma secara digital yang terjamin dan selamat, bagi mengumpulkan dana untuk Islamic Relief Malaysia dan juga badan-badan amal yang lain seperti Mercy Malaysia dan The Lost Food Project.
Ia bertujuan membantu komuniti dan keluarga miskin yang memerlukan bantuan makanan, bantuan penjagaan kesihatan serta keperluan harian sepanjang Ramadan ini.
Selain daripada pengumpulan dana derma semasa siaran LazLive, orang ramai juga boleh menyumbangkan derma ikhlas kepada badan-badan amal menerusi LazadaForGood, https://s.lazada.com.my/s.eKYQu. - DagangNews.com








