KUALA LUMPUR 30 Jan - Maybank tidak berdepan sebarang impak kewangan daripada langganannya kepada tawaran saham konglomerat India, Adani Enterprises, menurut laporan Reuters hari ini.
Pelabur Maybank Securities dan Abu Dhabi Investment Authority mengambil kepentingan dalam tawaran saham sekunder milik Adani Enterprises bernilai AS$2.45 bilion (RM10.4 bilion) pada hari Rabu.
Perkara ini mengesahkan laporan penjual saham jangka pendek yang menyelar saham syarikat kumpulan Adani.
Terdapat permintaan daripada pelabur utama walaupun Hindenburg Research mendedahkan berlaku jangkaan penurunan nilai saham dalam jangka masa singkat dalam kumpulan tersebut.
Hindenburg juga menuduh syarikat itu menyalahgunakan cukai luar pesisir dan menimbulkan kebimbangan terhadap hutang tinggi yang menghakis kekayaan pelabur sebanyak AS$11 bilion.
"Kami ingin menjelaskan bahawa tiada impak kewangan kepada Maybank kerana langganan kepada Adani Enterprises adalah langganan pelanggan dan dibiayai sepenuhnya oleh dana pelanggan," jelas Maybank kepada Reuters dalam kenyataan melalui e-mel.

Maybank diperuntukkan 34.09% daripada 18.2 juta saham yang dikhaskan untuk pelabur institusi sebanyak 20.4 bilion rupee (RM1.06 bilion).
Pada Ahad, kumpulan yang diketuai oleh Gautam Adani, orang ketiga terkaya di dunia menurut Forbes, menyelar laporan Hindenburg Research dan melihat ia sebagai ‘serangan terancang’ ke atas negara dan institusinya.
Sementara itu, seorang eksekutif kanan membandingkan kejatuhan sahamnya dengan penjajah – era pembunuhan beramai-ramai.
Adani Enterprises, firma utama Kumpulan Adani, sedang mencari pembiayaan untuk perbelanjaan modal dan membayar beberapa hutang daripada hasil jualan saham. - DagangNews.com








