Kumpulan Jetson mahu lupus tanah perindustrian di Gombak pada harga RM35 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kumpulan Jetson mahu lupus tanah perindustrian di Gombak pada harga RM35 juta

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kumpulan Jetson bercadang untuk melupuskan tanah perindustrian miliknya di Gombak pada harga RM35 juta.

 

Tanah tersebut berkeluasan 1.62 hektar dan mempunyai kompleks kilang terbina di atasnya.

 

“Cadangan pelupusan ini akan membuka nilai dan menjana pendapatan daripada pelaburan hartanah yang telah dipegang untuk jangka masa yang lama,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam.

 

Menurutnya, hasil pelupusan ini juga akan diperuntukkan untuk membiayai modal kerja dan mengurangkan hutang jangka panjang.

 

Jetson dijangka memperoleh hasil RM24 juta selepas caj ke atas hartanah dan kos tanggungan untuk penjualan.

 

Kumpulan itu berkata, penjualan aset tersebut kepada TYH Management Sdn Bdh dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun ini. – DagangNews.com