KUALA LUMPUR 25 Ogos - Bersempena dengan sambutan merdeka yang bakal tiba, KFC dan kerepek kentang Lay’s bekerjasama sekali lagi untuk membawakan pelanggan ciptaan istimewa terbaharu, ayam goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ.
Pada April lalu, rakyat Malaysia diperkenalkan dengan kerepek kentang Lay’s x KFC perisa Ayam Hot & Spicy.
Ayam Hot & Spicy ikonik KFC disalut dengan tepung campuran hancuran kerepek kentang Lay’s istimewa, kemudian digoreng sehingga perang keemasan dan sangat rangup. Ia disempurnakan pula dengan taburan BBQ, memberikannya rasa 'smoky' BBQ dalam setiap gigitan rangup.
Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, pelanggan telah mencuba dan menikmati kerepek kentang Lay’s x KFC Hot & Spicy.
"Kini, atas permintaan popular, kami membawakan inovasi terbaharu dengan kerjasama Lay’s khas buat rakyat Malaysia untuk menambah kerangupan enak kepada sambutan merdeka anda.
"Setiap gigitan ayam goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ ini akan membuatkan anda berasa seperti sedang mengunyah kerepek kentang dan ayam pada waktu yang sama, aneh tetapi sedap hingga menjilat jari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pada waktu yang sama, KFC Bucket Bersama terhad turut dilancar untuk meraikan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia bersempena sambutan merdeka yang bakal tiba.

Katanya, Bucket Bersama mengetengahkan makanan sampingan terbaharu Loaded Cheezy Fries yang pasti membangkitkan selera pelanggan.
"Dengan menu baharu ini, kami berharap sambutan merdeka bersama rakan dan keluarga anda lebih gembira dan meriah," katanya.

Juga boleh didapati secara 'à la carte', penggemar keju pasti menyukai KFC Loaded Cheezy Fries yang mana Crispier Fries kegemaran ramai diolah dengan ekstra kerangupan.
Kentang goreng dilimpahi dengan mayonis dan sos keju jalapeno 'signature' KFC, kemudian ditaburkan dengan cebisan ayam rangup.

KFC x Lay’s Crunch dan KFC Bucket Bersama boleh didapati di seluruh restoran KFC untuk waktu terhad bermula hari ini.
KFC x Lays Crunch boleh didapati dalam Kombo 2 ketul, Kombo 3 ketul, dan Box Meal. KFC Bucket Bersama pula boleh didapati dalam Kombo 6 ketul, 10 ketul, atau 12 ketul.
Dapatkannya melalui pesanan di restoran, pandu lalu, penghantaran, dan 'self collect'. Muat turun aplikasi KFC App atau layari www.kfc.com.my untuk membuat pesanan. - DagangNews.com








