Kerjaya Prospek raih kontrak bernilai RM404.35 juta daripada Ecofirst Consolidated | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerjaya Prospek raih kontrak bernilai RM404.35 juta daripada Ecofirst Consolidated

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kerjaya Prospek Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd. menerima kontrak bernilai RM404.35 juta daripada BCM Holdings Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat, Ecofirst Consolidated Berhad bagi kerja-kerja pembangunan kediaman di Kuala Lumpur.

 

Kontrak itu adalah bagi kerja-kerja pembangunan bangunan utama dan kerja-kerja luaran bagi cadangan kediaman dia Lot 5dan PT6, Seksyen 92, Bandar Kuala Lumpur.

 

Kerja-kerja pembangunan itu juga melibatkan dua blok pangsapuri yang terdiri daripada 39 tingkat pangsapuri perkhidmatan, tingkat bawah tanah dan podium dengan lapan tingkat tempat letak kereta dan unit komersial terletak.

 

"Kontrak itu akan bermula pada 1 Ogos 2023 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

Kontrak akan menambah dan menambah baik tempahan sedia ada.

 

Kontrak tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan syarikat tetapi dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2023 hingga 2026. - DagangNews.com