Kerajaan serius tangani isu kenaikan harga bahan binaan - PM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan serius tangani isu kenaikan harga bahan binaan - PM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, intervensi segera akan diambil oleh agensi-agensi kerajaan bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek pembangunan.

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya berkata, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan.

 

Katanya, beliau turut meminta kementerian-kementerian mempercepatkan projek pembangunan semasa mempengerusikan  Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara pagi tadi.

 

"Projek-projek pembangunan amat penting  kerana ia memberikan  kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi. 

 

 

pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

 

"Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas," katanya. - DagangNews.com