Kenanga Research semak turun penarafan saham SCGM kepada 'market perform' | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research semak turun penarafan saham SCGM kepada 'market perform'

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Mac - Kenanga Research menyemak turun penarafan saham SCGM Berhad kepada 'market perform' dengan sasaran harga (TP) lebih rendah sebanyak RM2.34 berbanding RM2.80 selepas mengambil kira beberapa faktor seperti kenaikan harga barang mentah serta kos operasi yang tinggi.

 

Firma penyelidikan itu juga menurunkan unjuran terhadap pendapatan FY22E/FY23E sebanyak 17%/15% berdasarkan kepada peningkatan kos bahan mentah, kekurangan pekerja dan kos operasi yang tinggi memberi tekanan kepada margin keuntungan.

 

Selepas mengambil kira polis pemberian 40% dividen, firma itu menjangkakan dividen sesaham untuk FY22E/FY23E adalah pada kadar 6.3 sen/7.2 sen. 

 

"Antara risiko yang akan dihadapi mereka berdasarkan kepada unjuran kami termasuk kos resin yang lebih tinggi daripada jangkaan, permintaan yang lebih rendah terhadap produk keluaran mereka, kadar tukaran asing yang lebih rendah selain kekurangan tenaga buruh.

 

Firma penyelidikan itu berkata, difahamkan SGM akan berusaha untuk menyesuaikan harga purata jualan (ASP) bagi sesetengah produk seleras dengan kenaikan harga resin yang didorong kenaikan harga minyak mentah dunia.

 

Firma itu berkata, pihak pengurusan akan terus memperbaiki bahagian pembungkusan makanan dan minuman (F&B).

 

"Bagaimanapun, kami tetap memberi perhatian terhadap perkara lain seperti peningkatan harga bahan mentah atau bahan-bahan lain selain peningkatan kos operasi akibat kekurangan tenaga pekerja dan pengenalan dasar gaji minimum.

 

"Kadar penggunaan semasa untuk kumpulan itu adalah sama seperti suku sebelum ini iaitu antara 65% hingga 70% akibat kekurnagan tenaga pekerja,

 

"SCGM juga sudah membeli mesin pemotong dengan kelajuan tinggi selain mesin penyusun untuk membantuk unit simpanan stok (SKU) pada April 2022 dan dipercayai mereka sudah menggunakan 60% daripada RM20 juta daripada perbelanjaan modal bagi FY22," katanya. - DagangNews.com