Kempen kitar semula PLUS dapat sambutan, lebih 5,000 botol plastik dan tin minuman berjaya dikumpul | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kempen kitar semula PLUS dapat sambutan, lebih 5,000 botol plastik dan tin minuman berjaya dikumpul

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Dis - Sebanyak 2,387 botol plastik dan 2,947 tin air minuman berjaya dikumpul menerusi inisiatif kitar semula yang dilancarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sejak 8 November 2022.

 

PLUS menerusi kenyataan di Facebook berkata, pihaknya menyediakan mesin pengumpulan bahan kitar semula di Restoran Jejantas Sungai Buloh (arah utara) dan R&R Rawang (arah utara) sebagai projek perintis selama setahun.

 

Katanya, inisiatif itu juga berjaya mencapai pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 881 kilogram, 1,000 sesi 'Recycling' dan 115 peserta 'Recycling'.

 

"Kitar semula merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan kesan positif kepada Malaysia dan ia penting bagi kita dan alam semula jadi," katanya.

 

 

plus

 

 

plus

 

 

plus

 

 

Dalam pada itu, PLUS turut mempelawa orang ramai untuk menyertai kempen tersebut dan berpeluang mendapat ganjaran istimewa. - DagangNews.com

 

1. Muat turun aplikasi KLEAN di telefon pintar anda.


2. Pergi ke mesin layan diri yang disediakan.


3.Tekan 'Recycle Now' untuk mula mengitar semula.


4. Tekan 'Finish' setelah selesai mengitar semula.


5. Imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin mesin.