Kempen Beli Jer MOBY Islamic tawar penjimatan lebih, perbelanjaan bijak dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri | DagangNews Skip to main content

Kempen Beli Jer MOBY Islamic tawar penjimatan lebih, perbelanjaan bijak dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 12 April - MOBY Islamic menawarkan fleksibiliti kewangan dan simpanan dengan kempen Beli Jer untuk mengajak umat Islam menabung dan berbelanja lebih bijak pada musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.

 

MOBY Islamic, satu-satunya platform Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) patuh Syariah Malaysia telah melancarkan kempen Beli Jer yang menawarkan diskaun 50% dan promosi lain untuk pembelian terpilih, dengan pengguna bebas untuk melengkapkan pembayaran melalui pelan ansuran bulanan atau ciri PayNow.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengasas MOBY Group, Rian Philip berkata, perkhidmatan syarikat itu membolehkan pengguna menikmati fleksibiliti kewangan dan simpanan di samping berbelanja dengan bijak di dalam kesibukan persiapan Hari Raya Aidilfitri ini.

 

Selain penjimatan, MOBY Islamic juga memberi ganjaran kepada pengguna dengan beberapa hadiah menarik untuk dimenangi melalui kempen yang dijalankan dari 10 April hingga 30 September 2023 tersebut.

 

Perbelanjaan melebihi RM250 sehari secara terkumpul melalui platform MOBY atau MOBY Islamic berpeluang memenangi Proton X50 atau iPhone dengan hadiah wang tunai RM 3,000.

 

 

beli jer

 

 

Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk pembayaran serta suka dan ikuti MOBY Malaysia di Facebook dan Instagram.

 

Di samping itu, pengguna baharu di kedua-dua platform juga akan dapat menikmati membeli-belah dengan baucar diskaun RM 10.00 dengan menggunakan kod promosi MOBYRAYA.

 

Selaras dengan prinsip Ramadan, MOBY Islamic juga menggalakkan dan membolehkan kesederhanaan dalam perbelanjaan sepanjang musim perayaan dan seterusnya dengan menawarkan jumlah perbelanjaan pengguna yang lebih sepadan dengan kapasiti kewangan mereka.

 

 

beli jer

 

 

“Sebagai satu-satunya BNPL yang benar-benar patuh Syariah negara, kami telah mengambil langkah penting untuk memastikan platform dan ekosistem kami menggalakkan nilai kesederhanaan yang sama ini.

 

Melalui MOBY Islamic, kami ingin menawarkan pengguna kebebasan kewangan untuk membeli keperluan tanpa kebimbangan yang tidak wajar serta peluang untuk menambah baik dan mengembangkan pengetahuan fiskal mereka,” tambah Rian.

 

Selaras dengan usaha perayaannya, MOBY Islamic juga akan mengambil bahagian dalam ABSOLUT Bazaar x Gaya Raya yang akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 14 hingga 17 April sebagai rakan penyelesaian pembayaran. -DagangNews.com