Kementerian Pendidikan jalankan kajian trend guru bersara awal | DagangNews Skip to main content

Kementerian Pendidikan jalankan kajian trend guru bersara awal

Datuk Dr. Radzi Jidin meluangkan masa beramah mesra bersama murid tahun satu pada hari pertama pembukaan sekolah di SK Syed Idrus di Chemor. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Mac - Kementerian Pendidikan sedang menjalankan kajian terperici berhubung trend persaraan awal dalam kalangan guru yang dilihat semkain menyamai guru bersara wajib.

 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya sedang meneiliti data yang diperolehi bukan sahaja dari segi jumlah tetapi juga merangkumi punca persaraan itu, usia serta pengalaman dalam karier perguruan.

 

"Secara umumnya kadar persaraan dalam  kalangan guru bersara wajib dengan bersara pilihan awal adalah hampir sama.

 

"Kami mahu perincikan perkara ini apabila ramai yang bercakap, macam-macam 'pattern' (corak) dan trend mengenai perkara ini (guru bersara awal).

 

"Jadi kami sedang susun data ini untuk diperincikan sedikit lagi," katanya ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor, hari ini, lapor Berita Harian.

 

Beliau yang ditemani Ketua Pengarah Pendidikan, Nor Zamani Abdol Hamid, turut meninjau lima lagi sekolah kebangsaan di sekitar daerah Kinta, di sini.

 

Pada Februari lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilapor berkata, semua guru di negeri ini diminta tidak mengambil keputusan bersara awal disebabkan tekanan akibat COVID-19.

 

November tahun lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, turut mengutarakan isu sama di Dewan Rakyat.

 

Maszlee ketika itu dilapor berkata, alasan seringkali dikemukakan guru yang ingin bersara awal adalah 'burnout' atau kelesuan disebabkan bebanan kerja yang disifatkan terlampau banyak. - DagangNews.com