KUALA LUMPUR 20 Feb - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan kesahihan berhubung bantuan e-tunai sebanyak RM300 setiap bulan seperti hantaran (posting) yang sedang tular di aplikasi TikTok.
Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital dalam satu kenyataan hari ini berkata, MOF menegaskan tiada bantuan sedemikian seperti yang ditularkan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dah sahih," katanya.

Terdahulu, sebuah hantaran mengenai bantuan e-tunai bernilai RM300 setiap bulan oleh kerajaan tular di TikTok, yang memaparkan cara mendaftar dan semakan untuk mendapatkan bantuan tersebut melalui telefon pintar, baru-baru ini. - DagangNews.com








