Kemenangan BN Melaka bukti rakyat yakin kemampuan BN pulihkan negara - penganalisis saham | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kemenangan BN Melaka bukti rakyat yakin kemampuan BN pulihkan negara - penganalisis saham

Oleh TENGKU NOOR SHAMSIAH TENGKU ABDULLAH
[email protected]

 


KUALA LUMPUR 23 Nov - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Negeri bukti keyakinan rakyat  terhadap kebolehan  Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir urus Melaka dan yakin pembangunan serta ekonomi dapat bekembang maju, kata Jeffry Azizi Jaafar, Remisier bertauliah dari Maybank Investment Bank.

 

Katanya, impak pasaran semasa agak lemah berikutan cadangan pelaksanaan cukai makmur kepada syarikat yang memperoleh keuntungan lebih RM100 juta tahun ini.

 

" Walau bagaimanapun, kesan pada pasaran adalah sementara dan kerajaan juga berusaha dalam membantu rakyat untuk memiliki rumah pertama dengan pekenalan pada pelbagai inisiatif ini akan memberi impak positif pada sektor pembangunan, property, besi di masa akan datang," katanya kepada DagangNews.com ketika ditemui di sini.

 

Katanya, tidak terkecuali bagi internet 5G dan kereta elektrik dapat memberi sentimen postif pada sektor teknologi dan perindustrian.

 

"Kemenangan BN dalam pilihan raya Melaka menunjukan keyakinan rakyat Melaka dan Negara terhadap perancangan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Bajet 2022 dan RMKe-12,'' kata Jeffry Azizi.

 

Menurut beliau kejayaan kerajaan dalam megawal wabak COVID-19 memberi impak positif dan pembukaan sektor ekonomi. 
 


 

Jeffry Azizi Jaafar
Jeffry Azizi Jaafar

 


''Bagi untuk merancakan sektor ekonomi negara, kerajaan perlu membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing bagi yang telah mengambil 2 dos vaksin.

 

''Saya berpandangan Bajet 2022 dan RMke-12 adalah positif dan menunjukan kesungguhan kerajaan dalam memulihkan ekonomi rakyat,'' kata beliau.

 

Jeffrey Azizi berkata, banyak imbuhan kepada syarikat kecil & serdahana dalam bentuk pinjaman dan bantuan duit dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

 

Katanya, bantuan keluarga B40 juga ditingkatkan, bajet ini lebih kepada pemulihan selepas COVID-19 dan ini dapat memberi keyakinan kepada para pelabur berdasarkan perancangan pembangunan dan ekonomi negara.


 

PM

 


Menyentuh tentang  pembukaan laluan VTL Malaysia & Singapura, beliau berkata, ia merupakan langkah positif terhadap kedua-dua negara dengan kadar vaksin 2 dos rakyat dewasa melebihi 90%.

 

"Ini menjadi langkah tepat dalam merancakkan ekonomi sektor pelancongan dan pekerjaan,'' jelas beliau.

 

Menurut Jeffrey Azizi lagi, unjuran ekonomi negara tahun 2021 agak perlahan berikutan tumpuan kerajaan dalam langkah mengawal jangkitan  COVID-19 dan kawalan pada sektor ekonomi masih lagi tidak dibuka secara meluas. 

 

Katanya, kadar vaksinasi negara amat positif dan jumlah jangkitan COVID-19 terkawal ini membantu negara dalam pembukaan sektor ekonomi.

 

Jelas beliau,  tahun 2022 dijangka ekonomi lebih berkembang maju kesan daripada pembukaan ekonomi serta perlancongan negara.

 

Menurut beliau, Bajet 2022 juga dilihat lebih membantu dalam pemulihan ekonomi negara selepas wabak COVID-19 ini. - DagangNews.com