Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kuala Kangsar 2023 tawar 3,000 peluang kerja  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kuala Kangsar 2023 tawar 3,000 peluang kerja 

Karnival kerjaya ini mendekatkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan sasar.
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 10 Feb  - Warga Kuala Kangsar yang sedang mengintai peluang pekerjaan khususnya golongan belia dipelawa hadir pada Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kuala Kangsar 2023 esok.

 

Sebanyak 3,285 kekosongan jawatan ditawarkan melibatkan 11 majikan yang menyertai karnival tersebut yang dikelolakan Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak).

 

Karnival kerjaya ini akan diadakan di Dewan Chandan Putri bermula pukul 11 pagi.

 

Pengurus Besar Pasak, Fikri Junit berkata, karnival tersebut merupakan kelangsungan daripada program serupa yang dijalankan tahun lalu di Ipoh.

 

Menurut beliau, dengan membawa karnival ke daerah-daerah ia mendekatkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan sasar.

 

"Pasak selaku agensi di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia negeri sentiasa mencari jalan memudahkan pencari kerja dalam kalangan anak-anak tempatan.

 

"Justeru, peluang seperti ini tidak harus dilepaskan yang mana para belia boleh datang merebut peluang-peluang pekerjaan yang tersedia," ujarnya kepada DagangNews.

 

 

kerjaya
Sebanyak 3,285 kekosongan jawatan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kuala Kangsar 2023.

 

 

Antara syarikat yang terlibat ialah Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Yamaha Electronics Manufacturing (M) Sdn Bhd, Segi Cash & Carry Sdn Bhd dan 99 Speedmart Sdn Bhd.

 

Turut menawarkan pekerjaan Penang Youth Development Corporation (PYDC), Synergy Alliance Solutions Sdn Bhd, RSA Laris Utara Sdn Bhd (Mat Rock) dan Power IT Solutions Sdn Bhd.

 

Turut dibuka ialah kiosk-kiosk pelbagai perkhidmatan menerusi agensi dan jabatan kerajaan negeri. - DagangNews.com