Jakel Capital kini pemegang saham terbesar Cypark Resources | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jakel Capital kini pemegang saham terbesar Cypark Resources

KUALA LUMPUR 5 Jan - Jakel Capital Sdn. Bhd. kini muncul pemegang saham terbesar Cypark Resources Bhd melalui tawaran saham persendirian.

 

Syarikat tenaga boleh diperbaharui itu telah selesai menempatkan 176,648,892 saham baharu pada harga RM67.1 juta kepada Jakel.

 

"Jakel kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar dengan jumlah pegangan saham langsung dan tidak langsung sebanyak 27.33%

 

"Cypark melihat Jakel Capital sebagai pemegang saham Bumiputera strategik baharu yang akan membantu mengekalkan status Cypark sebagai syarikat senaraian awam yang dikawal Bumiputera dan akan menjadi pelabur jangka panjang Cypark," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam.

 

Menurutnya, dengan sokongan pelabur Bumiputera yang kukuh seperti Jakel Capital, Cypark menjangka untuk mengoptimumkan lagi kedudukan pasaran strategik kumpulan, meningkatkan asas
pemegang saham, serta mengembangkan dan mengukuhkan kehadiran perniagaannya di peringkat tempatan dan serantau. - DagangNews.com