Intuit QuickBooks lancar perisian pengurusan kewangan berasaskan awan secara percuma | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Intuit QuickBooks lancar perisian pengurusan kewangan berasaskan awan secara percuma

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Mei - Intuit QuickBooks memperkenalkan akses global secara percuma kepada QuickBooks Online Account  (QBOA), membolehkan profesional perakaunan di 170 negara beralih ke awan dengan lebih pantas.

 

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keupayaan firma perakaunan dan membawa nilai lebih tinggi kepada pelanggan mereka dan ekonomi secara meluas.

 

Naib Presiden Intuit QuickBooks Australia, Lars Leber berkata, Malaysia merupakan pasaran menarik untuk pemilik perniagaan mewujudkan peluang besar untuk profesional perakaunan di rantau ini. 

 

"Skala pelancaran QBOA, dan kebolehcapaian platform secara percuma, akan membantu mencipta  potensi ekonomi yang besar di Malaysia, serta di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

HighPines Malaysia, Chun How Cheah pula berkata, penggunaan QuickBooks Online Accountant di Singapura membuka masa depan perakaunan dan perdagangan global kepada pihaknya. 

 

Katanya, QBOA membolehkan pihaknya meningkatkan kecekapan dan keuntungan firma dengan membantu menguruskan kerja dan pelanggan dalam satu platform yang cukup mudah digunakan. 

 

"Perisian perakaunan ini adalah sesuatu yang mesti dimiliki bagi mereka yang ingin mengembangkan dan mencapai peningkatan dengan lebih pantas. 

 

 

QBOA

 

 

"Kami teruja dengan pelancaran QBOA Global yang akan menjadi kunci kecekapan di pelbagai negara dan rantau baru bagi firma kami," katanya.

 

Bantuan pengambilan QuickBooks Online Accountant untuk akauntan profesional dan penyimpan kira-kira adalah percuma, melalui sesi Zoom dan tertumpu kepada pelanggan baharu serta mana-mana pelanggan sedia ada tidak secara aktif menggunakan QuickBooks. 

 

 

QBOA
                                                                 Lars Leber

 

 

Untuk  membantu akauntan memulakan perniagaan kecil pelanggan dengan QuickBooks secara dalam talian, hanya untuk tempoh tiga bulan yang akan datang, tawaran langganan AS$1 (RM4.45) akan diaktifkan.

 

Tawaran ini boleh didapati di semua negara, bertujuan untuk terus menyokong perkembangan digital bagi  semua akauntan. - DagangNews.com