Harga sawit mahal, negara pengimport mungkin beralih kepada minyak bunga matahari - RHB Investment | DagangNews Skip to main content

Harga sawit mahal, negara pengimport mungkin beralih kepada minyak bunga matahari - RHB Investment

Oleh M. HERMAN HAMID

KULA LUMPUR 16 April - Minyak sawit menjadi pilihan yang kurang menarik buat negara pengimport susulan harganya yang lebih tinggi berbanding pesaing iaitu minyak bunga matahari.

 

RHB Investment Bank (RHB Investment) berkata, justeru, ini mungkin menyebabkan berlakunya kegiatan penukaran produk daripada minyak sawit kepada minyak lain. 

 

Katanya, ketika ini negara pengeksport sedang giat menambah inventori yang mungkin meningkatkan permintaan minyak sawit secara berperingkat, namun komoditi itu masih boleh tergugat dengan minyak bunga matahari.

 

"Minyak sawit mentah (MSM) masih dijual pada harga jauh lebih mahal berbanding minyak bunga matahari yang didagangkan pada AS$68/tan (lebih rendah) daripada AS$65/tan bulan lalu. 

 

"Malahan, CPO juga dijual pada potongan harga lebih kecil sebanyak AS$133/tan (daripada AS$172/tan bulan lalu) berbanding minyak kacang soya, dan ini menjadikan ia pilihan yang kurang menarik kepada pihak pengimport," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

RHB Investment dalam kajian itu turut meramalkan inventori minyak sawit akan terus berada bawah paras 2 juta  tan untuk beberapa bulan mendatang.

 

Minyak sawit mentah (CPO) mencecah harga RM4,285 pada bulan lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Stok minyak sawit Malaysia susut lebih 10% pada Mac 2024, kekal di bawah 2 juta tan

 

Sementara itu, MIDF Research menjangkakan harga MSM akan turun sehingga bawah paras RM4,000 setiap tan pada bulan depan, bergantung kepada pemulihan cuaca.

 

Kata firma penyelidikan itu, bagaimanapun  purata harga penghantaran MSM tempatan akan ditutup +4.6% lebih tinggi pada RM4,410 satu tan pada bulan April, dipengaruhi oleh kemuncak peristiwa EL-Niño.

 

"Walau bagaimanapun, kami menjangkakan penurunan pada bulan Mei, kepada kira-kira RM3,946.7 (-10.5% ibu) kerana cuaca mula pulih, menjelang La-Niña pada separuh kedua 2024 (2H24).

 

Sementara itu, RHB Investment dan MIDF Research mengekalkan saranan 'Neutra;' terhadap sektor perladangan dengan Ta Ann, KLK (MIDF) dan Sarawak Oil Palm (RHB Investment) antara pilihan. - DagangNews.com