Gaji amah Indonesia dibayar RM1,500 sebulan - Saravanan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gaji amah Indonesia dibayar RM1,500 sebulan - Saravanan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 April - Bayaran gaji kepada amah atau pembantu rumah Indonesia akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum semasa di negara ini.

 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, beliau merujuk kepada beberapa tajuk laporan akhbar yang menyatakan gaji pembantu rumah Indonesia bermula RM1,200.

 

"Saya ingin menjelaskan antara kandungan dalam memorandum persefahaman berhubung pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 1 April 2022 menyatakan bahawa gaji bagi pembantu rumah Indonesia akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

BACA JUGA: Gaji pembantu rumah Indonesia bermula RM1,200 sebulan

 

sara
Datuk Seri M. Saravanan (kiri) ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan pembantu rumah Indonesia dan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia pada 1 April 2022.

 

Saravanan berkata, beliau berharap tiada lagi kekeliruan yang timbul berkaitan dengan gaji bagi pembantu rumah Indonesia selepas ini. - DagangNews.com