Ford anjur kursus latihan kendali Ranger di Semenyih pada 19 Mac 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ford anjur kursus latihan kendali Ranger di Semenyih pada 19 Mac 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Feb - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menganjurkan Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan Ranger yang tahan lasak, berteknologi tinggi dan pelbagai guna di Semenyih, Selangor pada 19 Mac 2023.

 

SDAC dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan kursus latihan yang tidak boleh dilepaskan pemilik Ford Ranger untuk bertemu dengan pemilik lain yang berkongsi minat yang sama.

 

Katanya, kursus pemanduan off-road peringkat pemula ini dikendalikan oleh pasukan M4TREC yang terdiri daripada pelatih profesional bertauliah dengan HRDF yang juga pakar pemanduan off-road.

 

"Ini cara terbaik untuk mempelajari dan mengalami sendiri asas pemanduan off-road dalam persekitaran yang terkawal. 

 

Peserta juga akan dapat membiasakan diri secara mendalam terhadap kenderaan mereka untuk mengenali potensi sebenar Ranger," katanya.

 

M4TREC ialah pusat latihan dan pengalaman pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mengendalikan kemudahan latihan khusus kekal untuk 4WD yang pertama di Malaysia.

 

Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhair berkata, selepas pembelian kenderaan, mendapatkan latihan adalah pelaburan terbaik yang boleh dilakukan oleh pelanggan untuk mempelajari potensi sebenar Ranger, baik untuk kegunaan keluarga, kerja atau riadah. 

 

 

ford

 

 

ford

 

 

"Kami galakkan semua pemilik Ranger, terutamanya model generasi baharu, untuk menggunakan peluang ini bagi mendapatkan pengetahuan mendalam tentang kenderaan mereka dan meningkatkan kemahiran memandu, secara selamat dan berkesan," katanya.

 

Di bawah pemerhatian ketat pelatih, peserta akan mempelajari teknik asas bagaimana untuk menghadapi halangan yang disediakan, seperti Dirt Track, Roller Ramp, Frame Twister, Ridge Crossing/Slide Slope, Mud & Ruts, Rutted Track, Ditch, Hill Descend, Hill Ascend dan Mud Dash. 

 

 

ford

 

 

Selepas merasakan semua keterujaan pemanduan off-road dan mengatasi semua halangan, peserta akan menerima sijil kursus di penghujung sesi.

 

Kursus berkenaan dikenakan yuran sebanyak RM992.89 seorang, dengan maksimum dua orang peserta bagi setiap kenderaan. 

 

Khusus untuk pemilik Ranger generasi baharu, sekiranya ini Ford Ranger Getaways, mereka akan menikmati potongan harga 30% dengan kod kad keistimewaan Inner Circle. - DagangNews.com