KUALA LUMPUR 2 Mac - foodpanda Malaysia hari ini mengumumkan lebih ramai rakan kongsi baharu di foodpanda Shops untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan penghantaran barang keperluan terus ke depan pintu rumah.
Penambahan baharu ini akan mengembangkan lagi variasi sedia ada, termasuk gabungan kedai runcit, farmasi, pakar optik, kedai kecantikan dan fesyen, kedai alat tulis serta banyak lagi.
Pengarah New Verticals, Afzan Lutfi berkata, matlamat utama adalah mewujudkan satu platform di mana para pengguna boleh membuat pesanan makanan, barangan keperluan harian seperti barangan runcit, bekalan perubatan dan alat tulis serta barangan kecantikan dan pakaian.
“Kami sentiasa mencari cara dan peluang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyediakan pelbagai pilihan serta kemudahannya di hujung jari. Ini termasuk transaksi yang lancar dari masa pesanan dibuat sehingga penghantaran ke depan pintu rumah mereka.
“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami telah menyaksikan peningkatan berterusan dalam pesanan yang dibuat melalui platform kami, justeru itu kami merasakan bahawa ini adalah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan lebih banyak variasi kepada pengguna.
"Melangkah ke hadapan, kami berharap dapat berkerjsama dengan lebih ramai rakan kongsi dan terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform penghantaran yang teratas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa jenama baharu yang diperkenalkan termasuk salah satu rangkaian pasar raya terbesar dan berkembang pesat di Sarawak, Everrise serta IKEA dan Focus Point.
Para pengguna juga boleh membeli barangan daripada MIWA OLi, Shojikiya, myNEWS, Pet Lovers Centre dan Sox World.

Selain itu, Hairdepot, Big Bath, Big Pharmacy, CHOIS, Sam Groceria, Petronas Mesra, ST Rosyam, Agni Gaming, BORDERS, Bee Cheng Hiang, Homecareshop, Sunlight Pharmacy KK, Lee Fandbee dan AM PM Pharmacy juga antara rakan kongsi yang kini boleh didapati di foodpanda Shops.
Pengguna foodpanda boleh menikmati tawaran-tawaran khas untuk meraikan dan mengalu-alukan rakan-rakan kongsi baru foodpanda Shops.

Dari 1hb hingga 31hb Mac 2022, gunakan kod promo JOMSHOP untuk mendapatkan diskaun 30% (terhad pada RM8) dengan nilai pesanan minimum RM25.

Promosi sah untuk pelanggan baru dan sedia ada, sementara stok masih ada. Tertakluk terma dan syarat.
Pengguna juga boleh mendapatkan potongan RM15 dengan nilai pesanan minimum RM70 melalui kod promo SHOPBIG. - DagangNews.com








