foodpanda Malaysia tawar promosi langganan keahlian pandapro serendah 99 sen untuk setahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

foodpanda Malaysia tawar promosi langganan keahlian pandapro serendah 99 sen untuk setahun

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Jan - foodpanda Malaysia menawarkan kepada orang ramai promosi keahlian langganan pandapro serendah 99 sen untuk setahun.

 

foodpanda dalam satu kenyataan berkata, promosi dengan penjimatan sebanyak 97% itu akan berlangsung sehingga 15 Februari 2023.

 

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh melanggan keahlian tersebut dengan harga serendah 17 sen sebulan untuk tempoh selama 6 bulan.

 

"Terdapat banyak ganjaran menarik apabila mendaftar sebagai ahli pandapro, antaranya penghantaran percuma, diskaun 30% penghantaran makanan, diskaun 25% untuk 'dine-in', 20% diskaun pandamart dan kedai serta diskaun sehingga 55% bagi pengambilan pesanan," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, setakat ini foodpanda mempunyai lebih 25,000 restoran dan vendor sebagai rakan kongsi pandapro yang menawarkan diskaun tambahan untuk ahli pandapro.

 

Katanya, dengan lebih 700 restoran yang menawarkan faedah dine-in, ahli pandapro boleh menikmati diskaun sebanyak 25%.

 

"Beberapa restoran lain menawarkan faedah dine-in, termasuk Carl's Jr, Daves Deli, Syed Bistro, Al-Amar, The Bee, Delifrance, The Humble Food Company dan banyak lagi," katanya. 

 

 

foodpanda

 

 

Orang ramai yang berminat dengan tawaran promosi tersebut boleh menyemak melalui aplikasi foodpanda pada bahagian pandapro. - DagangNews.com