foodpanda Malaysia laksana CSR bantu golongan memerlukan sempena Ramadan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

foodpanda Malaysia laksana CSR bantu golongan memerlukan sempena Ramadan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Mac - Dengan semangat untuk membantu mereka yang memerlukan, foodpanda Malaysia menganjurkan beberapa inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usahanya untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti, sempena ketibaan Ramadan tahun ini.

 

Platform penghantaran makanan itu dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan inisiatif CSR Oh Kasih yang mana pelanggan digalakkan untuk menggunakan kod PANDA sepanjang Ramadan, dengan penebusan satu kod baucar, satu hidangan akan disumbangkan kepada Pertiwi Soup Kitchen.

 

Selain itu katanya, foodpanda turut menawarkan 'Belanja Abang dan Kakak Rider' yang mana pelanggan boleh membeli hidangan untuk penunggang menerusi kategori 'For Riders' dari restoran-restoran mengambil bahagian.

 

"Antara restoran yang terpilih, termasuk -It’s a Wrap, Jacksons Fried Chicken, Mix & Match, Dataran Masakan Oomph, Nasi Kukus Meletop!, Nasi Ayam Station, Bungkus Bowl, Bekal Box, Bowlehlah, Kenyang Box, Nasi Lemak Jalan 223, DAMN! Burgers dan Tambah Lah!," katanya.

 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, pihaknya ingin berkongsi kasih sayang dan nikmat di sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan ini bersama
dengan mereka yang memerlukan. 

 

"Walaupun Malaysia telah beralih kepada fasa endemik baru-baru ini, saya yakin bahawa kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan amalan memesan barangan secara dalam talian kerana ia lebih memudahkan. 

 

"Kami gembira dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai rakan restoran dalam memperkenalkan satu lagi Bazar Ramadan maya tahun ini, dan membawakan kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia," katanya.

 

 

foodpanda

 

 

Para pelanggan kini boleh menikmati diskaun 20% dengan menggunakan kod PINKPUASA apabila membuat pesanan dari Cafe Chef Wan, FamilyMart, Tambah Lah!, Jackson’s Fried Chicken dan banyak lagi, dengan nilai pesanan minimum RM25 daripada restoran-restoran terpilih. 

 

Restoran-restoran ini telah menyediakan pelbagai menu dan kombo istimewa Ramadan, khusus untuk pelanggan foodpanda, seperti kotak moreh Ramadan dari Cafe Chef Wan dan Kombo Ramadan dari FamilyMart.

 

Pelanggan juga boleh barangan keperluan Ramadan seperti buah kurma, kordial F&N Sarsaparilla, dan cecair pencuci mulut dari pandamart, Lotus’s, Watsons, HeroMarket, dan 7-Eleven dengan diskaun hebat.

 

Dengan menggunakan kod SHOP10 untuk potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM50 hingga penghujung Mac untuk semua kedai yang ada di dalam foodpanda.

 

Selain itu, diskaun RM4 untuk caj penghantaran apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dan tawaran itu sah hingga 20 April.

 

Pelanggan boleh menikmati potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM60 hingga penghujung bulan ini apabila anda menggunakan kod TENMART untuk pandamart. - DagangNews.com